Ini laporan terkini, Kementerian Pendidikan akan menyiasat dakwaan berhubung pemberian Bantuan Awal Persekolahan atau BAP, yang tidak mengikut kadar ditetapkan.
Kementerian dalam satu kenyataan memaklumkan hal ini susulan daripada video yang tular melalui aplikasi Tiktok membabitkan seorang ibu kepada tiga anak yang belajar di sekolah sama, tetapi menerima jumlah bayaran BAP berbeza.